Thursday, June 3, 2010

PERSIAPAN UPSI KE ROBOCON 2010

Kelab Robot Pasoleh UPSI di bawah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif akan menyertai pertandingan ROBOCON 2010 yang bakal diadakan di UKM, Bangi pada 22 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010.Robocon merupakan pertandingan robot tahunan yang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di rantau Asia-Pasifik. Pertandingan ini bertujuan mewujudkan persahabatan antara pelajar kejuruteraan dan teknologi di rantau ini disamping dapat menzahirkan pengetahuan dan inovasi dalam penyelesaian masalah berkaitan dengan robot dan automasi. Pada tahun ini, pertandingan di peringkat Malaysia berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pemenangnya akan mewakiliMalaysia untuk ke pertandingan peringkat Asia-Pasifik di Mesir iaitu The Asia-Pacific Robot Contest (ABU Robocon) pada 21 September 2010. Pertandingan ini disertai oleh 52 pasukan daripada institusi pengajian tinggi seperti universiti awam, universiti swasta dan politeknik. UPSI hanya menghantar satu pasukan kerana kekangan masa, kewangan, peralatan dan infrastruktur. Pada pusingan pertama pertandingan, pasukan dari UPSI (PASOLEH) akan menentang pasukan daripada UTEM, UKM dan UiTM Shah Alam. Terdapat 5 pusingan dalam setiap pasukan pertandingan ini. Peringkat pertama dimulakan dengan pusingan liga. Seterusnya pusingan penyingkiran, suku akhir, separuh akhir dan akhir. PASOLEH telah mengadakan persiapan bagi membangunkan robot-robot pertandingan bermula dari 17 Mei 2010. Semua ahli memberi komitmen terhadap tugas masing-masing. Tugas ini dibahagikan kepada persiapan mekanikal robot, litar elektronik. pengaturcaraan , penyediaan medan pertandingan dan akhir sekali juruajar robot bagi mengawal robot manual dan autonomous.





COMMERCIALIZATION TALK


Kelab Robot Pasoleh UPSI telah mengadakan program yang diberi nama `Commercialization Talk` pada 26 Mac 2010 yang bertempat di foyer Conselari UPSI. Program ini diadakan bagi mendedahkan warga UPSI dengan aktiviti-aktiviti pelajar pasukan PASOLEH UPSI.

Dalam program tersebut pelbagai robot dan projek pensyarah dipamerkan. Antara robot tersebut ialah Learning Gate In Tangible Form (LEGITF), Jalak Lenteng, Pasoleh, Smart Traffic Light, dan pelbagai lagi. Program ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari warga UPSI.




Ucapan perasmian oleh En. Abd Samad Hanif



DEMONSTRASI BAHAN PAMERAN



PASOLEH



Smart Gate



Learning Gate In Tangible Form (LEGITF)