Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri

Friday, August 27, 2010

PASOLEH UPSI MENYERTAI PERTANDINGAN ROBOT COMBAT DI MMU MELAKA

MELAKA, 15 Ogos 2010 – Walaupun PASOLEH tidak dapat ke peringkat akhir pertandingan Robot Combat 2010, tetapi hasil daripada penat lelah pasukan telah membawa PASOLEH ke peringkat kalah mati. Daripada 4 buah robot yang dipertandingkan, sebuah robot iaitu PASOLEH 3 telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Sebagai sebuah pasukan yang baru dan boleh dianggap junior di dalam dunia robotik, ia merupakan satu permulaan yang baik untuk PASOLEH.

Pemenang tempat pertama pada cabaran kali ini ialah X-Combat iaitu robot tajaan sendiri. Manakala tempat kedua ialah MMU diikuti War-Saw (JMTi) ditempat ketiga seterusnya di tempat keempat dimenangi oleh pasukan daripada UPM.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Multimedia (MMU) itu disertai oleh kira-kira 30 pasukan yang mewakili institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta termasuk politeknik. Persiapan telah dilakukan selama sebulan untuk membangunkan robot dan mengkaji cara permainan supaya robot yang dihasilkan bersesuaian dan mengikut kehendak permainan.

Pengendali robot juga dilatih untuk mengendalikan setiap robot yang mempunyai pelbagai fungsi berdasarkan kepada senjata yang terdapat pada robot tersebut. PASOLEH telah diketuai oleh Khairilnizam Bin Khairuddin dan 4 orang pengendali robot iaitu Farhana Ab aziz, Siti Noorliza Binti Gontol, Mohd Tarmizi Abd Halim dan Syafiq Akmal.

PASOLEH dianggotai oleh oleh 45 orang pelajar semester 1 dan 2 program Pendidikan Teknologi Rekabentuk Berkomputer (AT 47) Pendidikan Multimedia (AT46) daripada Fakulti Seni Komputeran Industri Kreatif (FSKIK) menyifatkan kegagalan pasukan ke peringkat akhir sebagai cabaran bagi menyertai beberapa pertandingan lain.

Proses pembangunan robot untuk pertandingan pada kali ini telah dibimbing oleh En. Abd Samad Hanif daripada Program Teknologi Reka Bentuk Berkomputer FSKIK.







Wednesday, August 11, 2010

PERSIAPAN PASOLEH UPSI KE ROBOT COMBAT CHALLENGE, MMU 2010


Kelab Robot Pasoleh UPSI di bawah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri kreatif (FSKIK) akan menyertai pertandingan Robot Combat 2010 yang bakal diadakan di Universiti Multimedia, Melaka pada 13 Ogos 2010 hingga 15 Ogos 2010. Pasukan Pasoleh UPSI dibimbing oleh En.Abd Samad Hanif pensyarah daripada Fakulti Seni, Komputeran dan Industri kreatif (FSKIK) dan disertai oleh 45 orang pelajar dari kursus Teknologi Reka Bentuk Berkomputer (AT47) dan Multimedia (AT46).

Pertandingan Robot Combat besempena Robotics Challenge Week 2010 telah dianjurkan oleh Kelab Robotik Universiti Multimedia (Kampus Melaka). Tujuan utama pertandingan ini ialah untuk dijadikan pentas kepada generasi muda terutamanya pelajar IPTA menceburkan diri dalam bidang teknologi robotik. Tema yang ditetapkan adalah robot tempur dan pertandigan robot ‘fight-to-death’. Pertandingan ini memerlukan peserta untuk membina robot sendiri untuk berjuang melawan robot peserta lain. Para peserta diberi kebebasan untuk merancang robot mereka sendiri dengan senjata ampuh untuk mengalahkan lawan-lawan mereka.

Bersesuaian dengan tema yang ditetapkan, ‘fight-to-death’, robot yang ‘mati’ dulu akan kalah dalam perlawanan ini. Sebagai contoh, tidak boleh berfungsi untuk melindungi diri ya sendiri, dan tidak boleh bergerak dikira lumpuh dan kalah. Semua robot dikawal secara WRC (Wireless Remote Control). Had maksimum berat bagi setiap robot adalah sehingga 15kg dan dimensi maksimum adalah 1.0 m x 1.0 m dengan ketinggian 0.75m termasuk senjata yang disambungkan pada badan robot. Senjata yang dibenarkan boleh digunakan tetapi haruslah tidak mendatangkan bahaya kepada peserta dan penonton di sekeliling. Sebarang penggunaan letupan, spray, gas, api dan cecair yang boleh terbakar serta senjata yang boleh tertanggal dari badan robot tidak dibenarkan. Pasukan yang melanggar peraturan ini akan disingkirkan daripada pertandingan.

Empat kumpulan telah dibentuk bagi mempercepatkan dan melancarkan proses membina robot. Idea untuk merekabentuk setiap robot diperolehi daripada perbincangan sesama ahli. Setiap kumpulan mempunyai ketua untuk mengagihkan tugasan kepada setiap ahli supaya kerja yang dijalankan lancar. Robot-robot tersebut diberi nama Si Terlak (Jagohan), Si Campin (Cekap dan Tangkas). Si Guntur ( Halilintar) dan Si Bajang (Kuku Panjang).

PASOLEH telah mengadakan persiapan bagi membangunkan robot-robot pertandingan bermula dari 19 Julai 2010. Semua ahli memberi komitmen terhadap tugas masing-masing. Tugas ini dibahagikan kepada persiapan mekanikal robot, litar elektronik, pengaturcaraan, dan pengendali robot bagi mengawal robot.

Acara ini amat penting dalam kalendar institut pengajian tinggi sebagai satu wadah bagi menonjolkan kebolehan pelajar mengurus dan melaksanakan amali, merancang aktiviti. Melalui penyertaan UPSI dalam pertandingan ini bererti universiti dan pelajar boleh memperoleh pelbagai manfaat yang berguna untuk semua. Selain itu melalui pertandingan ini pelajar yang menyertainya dapat mengharumkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris ke peringkat yang lebih global.



Saturday, July 24, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG ROBOCON 2010, UKM BANGI

Semasa sesi 'test run'


Robot manual untuk membina piramid Khufu


2 Robot automasi untuk membina piramid Khafraa


Robot automasi (Taslim) untuk membina piramid Mankaura


Semasa majlis penutup

Thursday, July 15, 2010

PASOLEH DI ROBOCON 2010

Kelab Robot Pasoleh UPSI di bawah Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif telah menyertai pertandingan ROBOCON 2010 yang diadakan di UKM, Bangi pada 22 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010.

Robocon merupakan pertandingan robot tahunan yang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di rantau Asia-Pasifik. Pertandingan Robocon di peringkat Malaysia berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pemenangnya akan mewakili Malaysia untuk ke pertandingan peringkat Asia-Pasifik di Mesir iaitu The Asia-Pacific Robot Contest (ABU Robocon) pada 21 September 2010. Pertandingan ini disertai oleh 52 pasukan daripada institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.

Pasukan dari UPSI (PASOLEH) hanya berpeluang beraksi di pusingan liga. Dalam pusingan ini, PASOLEH telah menentang pasukan daripada UTeM (UTeM_FKP), UKM (UKM C) dan UiTM Shah Alam (UiTM FKE Alpha). Terdapat 5 pusingan dalam setiap pasukan pertandingan ini. Peringkat pertama dimulakan dengan pusingan liga. Seterusnya pusingan penyingkiran, suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Pembangunan robot-robot ini dibimbing oleh tiga orang pensyarah iaitu En, Abd Samad Habif , En. Khairulannuar Samsudin dan Prof. Rosly Jaafar dan disertai oleh 15 orang pelajar dari kursus Teknologi Rekabentuk berkomputer (AT47) dan Multimedia (AT46). Robot-robot ini telah dibina dalam tempoh yang singkat lebih kurang sebulan sebelum pertandingan.

Ribocon pada kali ini telah dimenangi oleh pasukan daripada UTM. Walaupun PASOLEH tidak memenangi apa-apa kategori, tetapi pertandingan yang disertai pada kali ini telah memberi pengalaman kepada ahli-ahli. Pengalaman yang diperolehi diharap dapat dijadikan panduan dan semangat untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Thursday, June 3, 2010

PERSIAPAN UPSI KE ROBOCON 2010

Kelab Robot Pasoleh UPSI di bawah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif akan menyertai pertandingan ROBOCON 2010 yang bakal diadakan di UKM, Bangi pada 22 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010.Robocon merupakan pertandingan robot tahunan yang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di rantau Asia-Pasifik. Pertandingan ini bertujuan mewujudkan persahabatan antara pelajar kejuruteraan dan teknologi di rantau ini disamping dapat menzahirkan pengetahuan dan inovasi dalam penyelesaian masalah berkaitan dengan robot dan automasi. Pada tahun ini, pertandingan di peringkat Malaysia berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pemenangnya akan mewakiliMalaysia untuk ke pertandingan peringkat Asia-Pasifik di Mesir iaitu The Asia-Pacific Robot Contest (ABU Robocon) pada 21 September 2010. Pertandingan ini disertai oleh 52 pasukan daripada institusi pengajian tinggi seperti universiti awam, universiti swasta dan politeknik. UPSI hanya menghantar satu pasukan kerana kekangan masa, kewangan, peralatan dan infrastruktur. Pada pusingan pertama pertandingan, pasukan dari UPSI (PASOLEH) akan menentang pasukan daripada UTEM, UKM dan UiTM Shah Alam. Terdapat 5 pusingan dalam setiap pasukan pertandingan ini. Peringkat pertama dimulakan dengan pusingan liga. Seterusnya pusingan penyingkiran, suku akhir, separuh akhir dan akhir. PASOLEH telah mengadakan persiapan bagi membangunkan robot-robot pertandingan bermula dari 17 Mei 2010. Semua ahli memberi komitmen terhadap tugas masing-masing. Tugas ini dibahagikan kepada persiapan mekanikal robot, litar elektronik. pengaturcaraan , penyediaan medan pertandingan dan akhir sekali juruajar robot bagi mengawal robot manual dan autonomous.





COMMERCIALIZATION TALK


Kelab Robot Pasoleh UPSI telah mengadakan program yang diberi nama `Commercialization Talk` pada 26 Mac 2010 yang bertempat di foyer Conselari UPSI. Program ini diadakan bagi mendedahkan warga UPSI dengan aktiviti-aktiviti pelajar pasukan PASOLEH UPSI.

Dalam program tersebut pelbagai robot dan projek pensyarah dipamerkan. Antara robot tersebut ialah Learning Gate In Tangible Form (LEGITF), Jalak Lenteng, Pasoleh, Smart Traffic Light, dan pelbagai lagi. Program ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari warga UPSI.




Ucapan perasmian oleh En. Abd Samad Hanif



DEMONSTRASI BAHAN PAMERAN



PASOLEH



Smart Gate



Learning Gate In Tangible Form (LEGITF)




Thursday, March 18, 2010

MURoC




Malaysia University Robot Competition (MURoC), UPSI meraih tempat ketiga.

Kangar - 3.1.2010 Pasukan robotik UPSI telah menyertai MURoC 2010 yang diadakan di Dewan Wawasan 2020,. Kangar Perlis. Pasukan UPSI telah mengukir sejarah apabila meraih tempat ketiga bagi kategori Fire Fighting Robot. setelah menumpaskan robot dari pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pusingan separuh akhir dengan mencatat keputusan 3-1.

MURoC adalah pertandinagn robot yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat pertama kalinya dan ia akan dijadikan sebagai acara tahunan. Selain UPSI, IPTA lain yang turut menyertai pertandingan tersebut ialah UniMAP, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Politeknik Shah Alam.

Seramai 20 orang pelajar UPSI dari kurus Teknologi Rekabentuk Berkomputer (AT47) menyertai pertandingan ini. Pasukan UPSI menghantar tiga robot untuk dipertandingkan iaitu satu robot bagi Fire Fighting Robot dan dua robot bagi Rope Climbing Robot. Robot-robot ini telah dibina dalam tempoh yang singkat lebih kurang sebulan sebelum pertandingan. Pembangunan robot-robot ini dibimbing oleh tiga orang pensyarah iaitu En. Abd Samad Hanif dan En. Khairulannuar Samsudin daripada Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) dan Prof. Rosly Jaafar daripada Fakulti Sains Dan Teknologi (FST).

Pasukan UPSI juga telah mencipta lagi satu sejarah kerana buat pertama kalinya pasukan ini disertai oleh mahasiswi iaitu seramai 15 orang. Di samping itu, robotFire Fighting yang telah memenangi pertandingan MURoC, telah dibina oleh pasukan perempuan.

Kemenangan pasukan UPSI dalam pertandingan ini membuktikan bahawa bakal-bakal guru juga mampu untuk bersaing dengan pelajar daripada jurusan kejuruteraan dan teknikal dari institut ternama tanah air, seperti kata pepatah ‘kecil-kecil cili api’ pertandingan ini membakar semngat pasukan UPSI untuk tidak mudah berputus asa dan rela berjuang dalam keadaan serba kekurangan bagi menyertai pertandingan seperti ini. Diharapkan kejayaan ini dapat memberi semangat baru kepada pelajar UPSI yang lain untuk meneruskan perjuangan maju ke hadapan walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi.

Pertandingan ini telah di memangi oleh pasukan dari UPM dan UiTM bagi temapat kedua.

Bagi kategori rope climbing pasukan UPSI hanya berjaya di pusingan 3 tewas kepada pasukan UIA. Dan UniMap. Tetapi berjaya menewaskan pasukan UTHM dan dengan itu pasukan UPSI berda di kedudukan ke dua bawah.

Ahli

Tempat: Dewan Wawasan 2020

Penganjur: Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Malaysia Perlis

Tarikh: 1 hingga 3 Januari 2010

Kategori: Rope Climbing Robot, Fire Fighting Robot dan Paint Ball

Nama Pasukan UPSI: UPSIKU

Pengurus Pasukan: Prof. Dr. Rosly Bin Jaafar

Koordinator: En. Abd Samad Bin Hanif

Penasihat: En. Khairulanuar Bin Samsudin

En. Ahmad Nurzid Bin Rosli

1

Mohd Asrul Amat

11

Nurul Ain Bt Ghazali

2

Jawahir Bt Shiriffuddin

12

Norhanim Bt Zakariya

3

Mohd Faris Aiman Bin Hasan

13

Norshafini Bt Mohd Shafei

4

Norhidayah Bt Siman

14

Mohd Firdaus Bin Zainal Abidin

5

Nurulnadia Bt Mohd Izazi

15

Firdaus Bin Baharum

6

Nurul Sakinah Bt Abdullah

16

Noraziah Binti Yusof

7

Mohd Khairul Bin Zukifli

17

Rafidah Mustaffa

8

Ong Siew Hui

18

Nurul Shaheda Bt Hashim

9

Sarina Bt Mohammad Nor

19

Noormala Bt Khiril Amir

10

Lim Yeei Mei

20

Nor Haida Bt Abd Rahim