Tentang Kami

PASOLEH ialah nama ringkas bagi ‘Pasti Boleh’. Kelab Robot PASOLEH telah menyertai beberapa pertandingan robot seperti ROBOCON 2009 di Stadium Melawati Shah Alam, ROBOGAMEZ 2009 di Universiti Tenaga Nasional, MURoC 2010 di Universiti Malaysia Perlis (UniMaP)dan ROBOCON 2010 di UKM. Nama PASOLEH diambil bersempena dengan nama robot pertama yang dihasilkan untuk ROBOCON 2009 iaitu robot PASOLEH. PASOLEH UPSI dibimbing oleh En.Abd Samad Hanif pensyarah daripada Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) dan disertai oleh 47 orang pelajar dari kursus Teknologi Reka Bentuk Berkomputer (AT47)dan Multimedia (AT46).