Saturday, July 24, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG ROBOCON 2010, UKM BANGI

Semasa sesi 'test run'


Robot manual untuk membina piramid Khufu


2 Robot automasi untuk membina piramid Khafraa


Robot automasi (Taslim) untuk membina piramid Mankaura


Semasa majlis penutup

Thursday, July 15, 2010

PASOLEH DI ROBOCON 2010

Kelab Robot Pasoleh UPSI di bawah Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif telah menyertai pertandingan ROBOCON 2010 yang diadakan di UKM, Bangi pada 22 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010.

Robocon merupakan pertandingan robot tahunan yang dianjurkan khusus untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di rantau Asia-Pasifik. Pertandingan Robocon di peringkat Malaysia berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pemenangnya akan mewakili Malaysia untuk ke pertandingan peringkat Asia-Pasifik di Mesir iaitu The Asia-Pacific Robot Contest (ABU Robocon) pada 21 September 2010. Pertandingan ini disertai oleh 52 pasukan daripada institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.

Pasukan dari UPSI (PASOLEH) hanya berpeluang beraksi di pusingan liga. Dalam pusingan ini, PASOLEH telah menentang pasukan daripada UTeM (UTeM_FKP), UKM (UKM C) dan UiTM Shah Alam (UiTM FKE Alpha). Terdapat 5 pusingan dalam setiap pasukan pertandingan ini. Peringkat pertama dimulakan dengan pusingan liga. Seterusnya pusingan penyingkiran, suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Pembangunan robot-robot ini dibimbing oleh tiga orang pensyarah iaitu En, Abd Samad Habif , En. Khairulannuar Samsudin dan Prof. Rosly Jaafar dan disertai oleh 15 orang pelajar dari kursus Teknologi Rekabentuk berkomputer (AT47) dan Multimedia (AT46). Robot-robot ini telah dibina dalam tempoh yang singkat lebih kurang sebulan sebelum pertandingan.

Ribocon pada kali ini telah dimenangi oleh pasukan daripada UTM. Walaupun PASOLEH tidak memenangi apa-apa kategori, tetapi pertandingan yang disertai pada kali ini telah memberi pengalaman kepada ahli-ahli. Pengalaman yang diperolehi diharap dapat dijadikan panduan dan semangat untuk lebih berjaya pada masa hadapan.