Wednesday, February 10, 2010

ABU ROBOCON 2010

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
25 - 27 Jun 2010

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan SIRIM Berhad akan menganjurkan Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan 2010. Acara ini menghimpunkan penyertaan dari seluruh pusat pengajian tinggi seperti Universiti, Politeknik dan kolej di seluruh Malaysia. Setiap Institut boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 5 orang pelajar, 1 orang pengganti bersama 2 orang penasihat dan pengurus pasukan.



Robot yang diperlukan untuk pertandingan kali ini, melibatkan 3 jenis robot yang melakukan tiga kerja berbeza, dua robot dibagunkan untuk pertandingan memanjat menggunakan tali, satu lagi robot ditugaskan untuk memadam api dan robot ke tiga untuk pertandingan paint ball. UPSI tidak sempat untuk membangunkan robot paint ball kerana memerlukan masa yang agak panjang dan melibatkan 3 robot lagi sebagai satu pasukan. Kesemua robot ini dibangunkan sendiri dengan rangka yang diperbuat daripada logam yang tahan (rumbas) dan ia perlu dikawal secara tanpa dawai (wireless) sama ada pada gerakan robot, anggota, senjata dan penderia. Berat robot ini perlu ditimbang agar tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan spesifikasi lain. Untuk itu budget bagi pembelian peralatan untuk membagunkan robot ini ini amat perlukan disegerakan sebaik-baiknya pada akhir bulan Oktober 2009.



No comments:

Post a Comment