‘Jalak Lenteng’ adalah robot yang dibangunkan untuk menyertai pertandingan dan menyahut cabaran dalam Robogamez 2009 yang bertempat di UNITEN kampus Putrajaya yang diadakan pada 1 hingaa 5 Oktober lalu. Tema Robogamez 2009 adalah ‘Rising Silent Tower;Ressist or Surrender’. Jalak Lenteng dibangunkan dengan gabungan kerja-kerja mekanikal, elektronik dan pengaturcaraan computer. Melalui pertandingan ini, setiap robot akan bertanding secara berlawanan antara pihak lawan selama 2 minit dan seterusnya berusaha untuk memasuki ‘Tower Zone’ untuk bertarung menakluki ‘Tower’. Setiap robot yang Berjaya menakluki ‘Tower’ selama 10 saat akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Robot ini diberi nama ‘Jalak Lenteng’ adalah sebagai simbolik semangat keperwiraan dan keberanian yang kuat. Menurut kisah cerita melayu dahulu iaitu ‘Jalak Lenteng’ yang terkenal dengan watak pendekar yang berani gagah perkasa. Sebelum proses pembangunan robot ini, idea dan rekabentuk yang sesuai dikaji bersama dengan bantuan pengurus dan penasihat kumpulan untuk menghasilkan sebuah robot yang teguh dan dapat menentang pihak lawan melalui teknik pertahanan (defend technic) dan teknik tolakan (push technic). Jalak lenteng menggunakan kuasa empat motor elektrik untuk menggerakkaknya dan sistem kawalan menggunakan kawalan secara wireless.
Pertandingan Robogamez ini mendapat sambutan yang memberangsangakan daripada institusi dan Universiti yang mempunyai pelajar kejuruteraan dan teknikal. Pertandingan ini turut disertai oleh pihak swasta dan syarikat berkaitan. Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan salah sebuah university yang telah Berjaya memecah tradisi dengan menyertai pertandingan Robogamez standing dengan university dan institusi yang mengendalikan bidang kejuruteraan dan teknikal. Ini membuktikan bahawa mahasiswa UPSI berkeupayaan dan mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal setanding dengan keilmuan dalam bidang sains dan teknologi di institusi lain.
No comments:
Post a Comment